
Pengenalan:
Gulai lemak pucuk paku dengan udang merupakan lauk kampung klasik yang sentiasa menjadi rebutan bila terhidang di meja makan. Siapa je boleh tolak gulai lemak pekat penuh rasa santan asli? Rasa lemak santan yang padu, manis udang segar dan kelembutan pucuk paku yang baru di petik- memang berhantu di buatnya!.
Kalau anda rindukan masakan tradisi orang dulu- dulu atau nak bawa kelainan dalam menu harian, resepi ini wajib anda cuba. Bahan- bahannya ringkas, cara memasaknya mudah tapi hasilnya.. memang luar biasa sedap!
Jom saya kongsikan resepi penuh gulai lemak pucuk paku dengan udang yang confirm buat anda tambah nasi berkali- kali!
Bahan- Bahan:
- 2 ikat pucuk paku- siang dan cuci bersih
- 7-8 ekor udang segar (saiz besar)- buang misai dan cuci bersih
- santan pekat (dari 1 biji kelapa parut/ 1 kotak kecil santan)
- 1 batang serai- di ketuk
- 1 cawan air (atau secukupnya)
- sedikit serbuk perasa
- Garam dan gula secukupnya
Bahan kisar
- 6-8 tangkai cili api merah (ikut tahap pedas yang di ingini)
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- Sedikit belacan (optional)
Langkah- Langkah:
- Sediakan bahan kisar– Kisar semua bahan- bahan hingga halus
- Masukkan semua bahan– Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar, pucuk paku dan udang. Masak dengan api sederhana sambil sentiasa kacau supaya santan tidak membuak keluar dan berketul- ketul.
- Perasakan– Tambah serbuk perasa, garam dan gula secukupnya. sesuaikan kepekatan kuah dengan selera. Biarkan kuah mendidih sekejap.
- Siap untuk di hidangkan– Tutup api dan hidang panas- panas bersama nasi putih.
Tips Tambahan:
- Jangan biarkan santan mendidih dengan api yang kuat , nanti kuah pecah minyak dan kurang sedap
- Gunakan santan segar untuk rasa lebih berlemak dan wangi.
- Masak pucuk paku, udang bersama santan dan bahan- bahan kisar supaya rasanya bersatu dan mesra dengan kuah lemak. Tak perlu masukkan satu- satu kerana udang mudah masak begitu juga dengan pucuk paku yang mudah layu.
- Belacan di tambah sedikit supaya kuahnya lebih sedap. Nak ganti dengan udang kering pun boleh
Penutup:
Mudah sajakan resepi gulai lemak pucuk paku dengan udang ni. Walaupun simple, rasanya cukup luar biasa- lemak, manis, pedas semuanya seimbang dalam satu pinggan. Kalau anda rindu nak merasa lauk kampung asli yang penuh nostalgia, resepi ini memang pilihan terbaik.
Jangan lupa cuba di rumah dan kongsikan dengan keluarga tersayang, confirm bertambah- tambah nasi di buatnya. Kalau suka resepi ini, jangan lupa share dengan kawan- kawan dan save resepi untuk rujukan nanti.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!