Resepi Kek Marjerin- Klasik, Simple & Sedap! (sukatan cawan)


Pengenalan :

Kalau sebut pasal kek klasik yang tak lapuk dek zaman, kek marjerin memang tak boleh tinggal. Inilah antara kek pertama yang ramai mak-mak dan nenek kita belajar buat di dapur – simple, gebu, dan penuh rasa nostalgia. Walaupun ringkas, kek marjerin tetap jadi pilihan untuk minum petang, majlis kenduri kecil, atau bekal anak ke sekolah.

Resepi ini menggunakan bahan asas yang mudah didapati di rumah, tapi hasilnya tetap lembut dan kaya dengan rasa. Yang penting, tak perlu mixer mahal atau teknik rumit – cukup pukul, tuang dan bakar. Sesuai sangat untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia baking!

Jom saya kongsikan resepi penuh kek marjerin yang confirm jadi dan sedap dimakan begitu saja atau dimodenkan dengan topping kesukaan.

Bahan- Bahan :

  • 1 cawan marjerin (planta)
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji telur (gred A)
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil essence vanilla
  • 3 cawan tepung naik sendiri

Langkah- Langkah :

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C. Gris loyang dan alas dengan baking paper atau sapu marjerin dan tabur tepung.
  2. Pukul marjerin dan gula hingga kembang dan pucat (guna mixer, lebih kurang 5–7 minit pada kelajuan rendah)
  3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul. Pastikan setiap telur sebati sebelum masukkan yang seterusnya.
  4. Tambahkan esen vanila dan ovallete, gaul rata.
  5. Seterusnya masukkan sedikit demi sedikit tepung naik sendiri ke dalam adunan. Gaul dengan spatula atau mixer kelajuan rendah.
  6. Jika mahu, boleh tambah pewarna kuning dan kacau sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaan.
  8. Bakar selama 45-50 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya (cucuk dengan lidi – jika keluar bersih, kek sudah masak).
  9. Sejukkan sebelum dipotong. Boleh dihidangkan selepas itu

Tips Tambahan :

  1. Untuk lebih harum, boleh gantikan separuh marjerin dengan mentega.
  2. Tambah sedikit kismis, chocolate chips, atau hirisan badam untuk variasi.
  3. Kek ini sedap dimakan keesokan harinya bila tekstur makin lembut
  4. Boleh letakkan pewarna jika suka, boleh juga campur warna jadi macam pelangi. Selain sedap di makan kek juga akan nampak cantik
  5. Marjerin tu boleh gunakan apa-apa brand yang ada tetapi saya lebih suka gunakan jenama planta sebab kek akan lebih gebu.

Penutup :

Mudah je kan resepi kek marjerin ni? Walaupun ringkas, hasilnya tetap lembut, gebu dan cukup menyelerakan. Sesuai sangat untuk pemula yang baru belajar nak buat kek. Yang penting, kita guna bahan asas yang memang selalu ada kat rumah
— tak perlu keluar beli macam-macam pun!

Kalau dah cuba resepi ni, jangan lupa kongsi gambar dan tag MamastyleRecipe ya.

Selamat mencuba dan semoga kek marjerin ni jadi kegemaran baru di rumah korang! 💛

Scroll to Top