Resepi Tapai Pulut Tradisi Nenek- Rasa Nostalgia Hari Raya!

Tapai Pulut


Pengenalan

Sewaktu kecil, setiap kali menjelang hari raya saya akan duduk di sebelah sambil melihat nenek menyediakan tapai pulut. Bau wangi pulut yang di kukus, daun pisang yang di sediakan rapi dan tangan nenek yang cekap menabur ragi – semuanya tersemat dalam memori indah zaman kanak-kanak saya.

Tapai pulut ialah sejenis hidangan tradisional di Malaysia yang amat di gemari ramai orang. Ianya seringkali di hidangkan di musim perayaan dan majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis doa kesyukuran. Bahan utama yang digunakan hanyalah beras pulut dan ragi tapai. Untuk memastikan tapai pulut menjadi elok dan cukup manisnya, penggunaan ragi yang baik adalah amat penting. Pilih ragi yang baru dan masih berwarna putih gebu.

Resepi tapai pulut ini adalah warisan daripada nenek. Tapai pulut buatan nenek memang terkenal di kampung- manis, lembut dan sedikit masam, cukup menyegarkan bila di makan sejuk. Saya kongsikan resepi tapai pulut di sini agar warisan ini terus hidup dan boleh di nikmati oleh generasi akan datang.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg beras pulut putih (boleh campur sedikit pulut hitam untuk warna yang cantik)
  • 1 biji ragi tapai- di tumbuk halus
  • 1 sudu besar gula pasir (optional- untuk manis tambahan)
  • daun pisang/ daun getah atau bekas bertutup yang bersih untuk membungkus

Langkah-Langkah :

  1. Rendam dan kukus pulut – Cuci pulut sehingga bersih dan rendam selama 3-4jam. Kukus pulut hingga masak. Jika mahu lebih lembut, boleh siram sedikit air semasa mengukus ke 2 kali
  2. Sejukkan pulut – setelah masak, ratakan pulut atas dulang dan biarkan betul-betul sejuk
  3. Gaul ragi– ragi di tumbuk halus, dengan menggunakan penapis tabur ragi merata ke atas pulut. Tabur juga gula jika menggunakannya. Balikan pulut agar ragi mengena ke serata pulut. Gaul perlahan dengan tangan yang kering dan bersih
  4. Bungkus dan peram – Bungkus pulut dengan daun getah/ daun pisang/ dalam bekas kecil yang bertutup. Simpan di tempat yang gelap pada suhu bilik selama 2-3 hari.
  5. Sedia untuk di hidang – Tapai pulut akan menjadj lembut, manis dan sedikit berair. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan untuk rasa yang lebih enak.

Tips Tambahan :

  1. Ragi : sukatan ragi ialah 1:1 di mana 1 biji ragi : 1kg beras pulut dan begitulah seterusnya.
  2. Daun getah/ daun pisang/ bekas yang digunakan untuk bungkus tapai perlu betul-betul bersih dan kering.
  3. Gula ditambah sedikit untuk menjadikan tapai lebih manis tapi kalau tak nak letak pun tak apa

Penutup :

Tapai pulut ini bukanlah sekadar makanan- ia adalah simbol kasih sayang, warisan keluarga dan kenangan indah bersama nenek. Bila saya buat tapai sendiri sekarang, rasa macam nenek masih ada di sisi.

Resepi ini saya abadikan sebagai kenangan buat arwah nenek tersayang yang banyak mengajar tentang sabar, kasih sayang dan warisan rasa. Al-Fatihah buat mu nek. Setiap kali tapai ini terhidang, seolah-olah nenek masih bersama kami

Selamat Mencuba

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top