
Paprik Ayam
Pengenalan:
Paprik ayam merupakan salah satu hidangan Thai yang sangat di gemari rakyat Malaysia. Rasanya yang seimbang antara padas, manis dan masin di tambah pula dengan sayur seperti bunga kubis, carrot dan kacang panjang yang berwarna-warni menjadikan paprik ayam pilihan terbaik untuk makan tengah hari atau makan malam.
Kalau di rumah, jika paprik ayam menjadi menu pilihan, saya tidak perlu lagi untuk masak lauk atau sayur lain. Cukup paprik ayam sahaja sebab hidangan ini dah di kira lengkap- ada ayam, ada sayur dan ada kuah
Jika anda ingin menyediakan lauk yang sedap dan cepat di masak, resepi paprik ayam ini adalah jawapannya. Ini kerana resepi paprik ayam ini adalah sangat simple tetapi padu, so anda semua memang wajib cuba!
Jom kita lihat bahan-bahan dan langkah- langkah memasaknya..
Bahan- Bahan:
- 1 mangkuk ayam (bahagian dada atau peha) di potong kecil
- 2sudu besar cili kisar
- 3 ulas bawang putih- di cincang halus
- 2 batang serai- di ketuk
- 3-4 helai daun limau purut
- 1 labu bawang besar di hiris nipis
- 4-5 tangkai cili padi- di ketuk
- 1/2 biji lobak merah- di hiris nipis
- 1/2 mangkuk bunga kubis
- 2 batang kacang panjang- di potong
- 1/2 biji capsicum (hijau atau merah) – di hiris
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- Minyak secukupnya untuk menumis
- Sedikit perasa (knor pasti sedap)
- Garam dan gula secukupnya
- 1 cawan air (ikut kesesuaian)
Langkah-Langkah:
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam separuh masak, kemudian angkat dan ketepikan.
- Dengan kuali yang sama, tumis bawang putih hingga wangi. Setelah itu, tumis cili kisar hingga sedikit garing.
- Masukkan daun limau purut, serai dan ayam di ikuti sos tiram dan kicap manis. Gaul rata
- Tambah 1 cawan air dan lobak merah. Biar seketika sehingga mendidih.
- Setelah itu masukkan bunga kubis, kacang panjang, bawang besar dan capsicum.
- Perasaksn dengan serbuk perasa, garam dan gula secukupnya
- Setelah sayur kelihatan hampir layu boleh di angkat dan di hidangkan
Tips Tambahan:
- Gunakan ayam tanpa tulang untuk lebih cepat masak dan mudah di makan (bahagian dada)
- Boleh tambah udang dan sotong untuk pelbagaikan lauk di dalamnya.
- Boleh sesuaikan rasa nak pedas atau lebih kuah ikut selera masing-masing.
Penutup:
Paprik ayam bukan sahaja mudah di sediakan, malah penuh dengan rasa yang menyelerakan. Belum pun makan, baunya sahaja dah boleh buat perut berbunyi. Untuk yang bujang dan nak jimat masa di dapur, hidangan ini memang wajib anda cuba. Mudah cepat dan yang pastinya memang sedap. Selamat mencuba resepi ini. Jangan lupa kongsikan hasil masakan anda di ruangan komen. Semoga berjaya!