Resepi Sup Ayam Simple- Di Jamin Anak- Anak Pasti Suka!

Sup Ayam Simple


Pengenalan :

Kadang- kadang bila anak tak sihat badan atau demam, selera makan mereka juga akan berkurangan. Pasti ramai ibu- ibu yang gelisah nak pujuk anak makan terutamanya yang ada anak berumur 12 tahun ke bawah. Badan mereka yang lemah di tambah pula tak makan akan memburukkan lagi kesihatan anak- anak.

Percaya atau tidak, ada satu hidangan yang boleh memujuk mereka untuk makan- SUP AYAM!. Tapi bukan sebarang sup ayam ya!. Resepi sup ayam simple ni bukan saja mudah, cepat di sediakan malah confirm anak- anak akan hirup sampai licin!. Sup ayam ni sesuai untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam, malah merupakan comfort food nombor satu di rumah saya

Berikut ialah resepinya..

Bahan- Bahan :

  • 500g isi ayam- pilih bahagian kurang tulang- dada atau paha (potong kecil dan bersihkan)
  • 1 labu bawang besar- di kisar halus
  • 2 ulas bawang putih- di kisar halus
  • 1 inci halia- di kisar halus
  • 2 sudu besar serbuk sup
  • 2 biji kentang- potong dadu
  • 4-5 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam dan perasa (seperti kiub ayam) secukup rasa
  • Daun sup dan bawang goreng- untuk hiasan
  • Sedikit minyak untuk menumis

Langkah- Langkah:

  1. Tumis bawang, halia dan serbuk sup– Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau dan keemasa. Setelah itu tumiskan pula serbuk sup yang di campur sedikit air (menjadi pes) sehingga naik minyak.
  2. Masukkan ayam– Masukkan ayam ke dalam periuk dan kacau rata hingga ayam berubah warna
  3. Masukkan air dan kentang– Tuangkan air secukupnya dan masukkan kentang.
  4. Perasakan– Tambahkan garam dan perasa mengikut citarasa. Biarkan mendidih dalam 15-20 minit, hingga kentang betul- betul empuk
  5. Hidang panas- panas– Boleh angkat dan hidangkan. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Siap untuk di nikmati

Tips Tambahan:

  1. Tumis bahan kisar dahulu (bawang besar, bawang putih dan halia) dengan sedikit minyak untuk menaikkan aroma begitu juga dengan serbuk sup.
  2. Serbuk sup di gunakan supaya kuah menjadi lebih pekat, tak lah jernih dan pucat je rupa kuahnya.
  3. Boleh tambah 1/2 batang lobak merah– bukan sahaja beri rasa manis semulajadi, tapi anak pun dapat lebih serat.
  4. Letak daun sup dan bawang goreng last minute supaya aromanya kekal segar dan wangi.
  5. Nak lebih ‘umph’? Tambah sedikit serbuk lada putih– cukup untuk bagi rasa pedas yang lembut dan selesa.

Penutup:

Tak susah pun nak masak sesuatu yang sedap dan berkhasiat untuk anak- anak. Dengan resepi sup ayam simple ni kita boleh sediakan hidangan yang bukan saja menyelerakan tapi penuh kasih sayang. Cuba hari ini dan tengok sendiri betapa cepat anak- anak habiskan semangkuk sup ini!. Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi ni dengan rakan- rakan ye- Sharing is caring!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top