Sambal Hitam Pahang Asli – Resepi Tradisi Dari Dapur Tok

Sambal Hitam Pahang


Pengenalan :

Sambal Hitam sememangnya cukup sinonim dengan Negeri Pahang terutamanya di Daerah Jerantut, Raub dan Lipis. Di kenali dengan rasa pedas, masin dan sedikit masam, sambal ini menjadi kegemaran ramai dan tahan di simpan lama. Rahsianya terletak pada penggunaan belimbing buluh yang di rebus hingga kecut dan pekat serta cili padi yang di tumis garing.
Dalam entri kali ini saya nak kongsikan Resepi Sambal Hitam Pahang asli yang di warisi dari keluarga saya sendiri

Bahan-Bahan :

  • 2 mangkuk belimbing buluh – buah fresh, di buang tangkai dan tampok bawahnya
  • 1/3 mangkuk cili padi – di tumbuk kasar
  • 1 mangkuk ikan bilis – di tumbuk kasar
  • 1 labu bawang besar – di hiris nipis
  • 4-5 ulas bawang putih – di hiris nipis
  • 1 cawan minyak masak
  • sedikit kicap manis
  • sedikit kicap pekat – untuk jadikan warna sambal lebih gelap
  • garam dan gula secukupnya

Langkah- Langkah :

  1. Rebus belimbing buluh – masukkan belimbing ke dalam kuali, masak atas api perlahan tanpa air hingga kecut, pekat dan berwarna hitam. Ambil masa 3-4jam atau lebih. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus. Ketepikan
  2. Tumis bahan hiris – Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan
  3. Masukkan cili padi – Tumis sehingga naik bau dan garing
  4. Masukkan ikan bilis – Gaul rata dan biarkan ianya kering
  5. Seterusnya masukkan belimbing rebus,gaul rata dan biarkan sambal mereneh atas api perlahan selama 1/2jam atau lebih – sehingga sambal kering
  6. Akhir sekali, masukkan kicap, garam dan gula secukup rasa. Boleh di angkat setelah itu dan simpan di dalam bekas kedap udara setelah ianya sejuk. Sambal ini boleh tahan 2-3minggu tidak basi jika di masak cukup kering.

Tips Tambahan :

  1. Proses merebus belimbing – mengambil masa yang agak lama, jadi kenalah sabar. Gunaka api yang kecil dan kerap mengacau supaya belimbing tidak hangus. Kami di Jerantut biasanya gunakan tin biskut di masak atas dapur kayu untuk rebus belimbing sebab kuali dan periuk akan bocor kerana air belimbing yang masam. Begitu juga dengan dapur gas, akan berkarat dan tertanggal catnya jika terkena lelehan air belimbing.
  2. Boleh kisar semua bahan-bahan jika suka sambal yang hancur.

Penutup :

Inilah resepi Sambal Hitam yang menjadi kebanggan orang Pahang. Walaupun prosesnya sedikit renyah, hasilnya sangat berbaloi. Kalau anda ada versi sendiri, jangan segan-segan kongsi di ruangan komen ya. Selamat mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top